Wednesday, November 17, 2010

Ghazwah SPM

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tahun berganti tahun, 6 hari lagi kita akan menduduki peperiksaan SPM.. Ada yang risau kerana banyak lagi subjek yang tak cover lagi, ada yang bersemangat kerana dah cover semua subjek, tidak kurang juga ada yang tak sabar kerana tinggal lagi sebulan sahaja kita akan bergelar 'pelajar sekolah'!. Pelbagai ragam dapat kita saksikan menjelang SPM...

target semua orang 
Setelah penat mengulang kaji subjek sejarah tingkatan 4, hatiku terdetik untuk menyusuri kehidupan seorang pejuang yang menjadikan seluruh kehidupannya untuk membebaskan Al-quds iaitu Salahuddin Al-Ayyubi dan mencari rahsia penaklukan semula masjid Al-Aqsa daripada kristian. 
Lalu aku terus membaca kitab 'Salahuddin Al-Ayyubi pahlawan perang salib' karangan Dr. Muhammad Syalabi.

Setelah selesai pembacaan, aku dapat simpulkan bahawa tentera Islam pada masa itu sememangnya layak untuk menakluk semula masjid Al-Aqsa kerana mereka telah memenuhi asbab-asbab kemenangan. Mereka telah berusaha membuat pelbagai strategi dan taktik untuk menumbangkan musuh disamping pada malam harinya mereka berdoa' kpd Allah agar diturunkan pertolongan terhadap strategi mereka. Mereka sedaya upaya menjauhi kehidupan dunia yang dengannya hilanglah keperibadian seorang muslim seterusnya akan menempa kekalahan.  

Apa yang ingin disampaikan ialah untuk berjaya mestilah ada asbab-asbab kemenangan. Umat Islam pada hari ini mundur kerana masih lagi belum mempunyai asbab-asbab kemenangan. Ekonomi. politik, dan pemerintahan kebanyaknnya dikuasai oleh orang bukan muslim. Jadi merekalah yang layak untuk mendapat kemenangan. 

Sunnah alam memang begitu. Siapa usaha dia yang dapat.

Jadi, tinggal lagi 6 hari lagi kita akan berhadapan dengan ghazwah SPM. Persiapkanlah dirimu dengan segala kelengkapan dan pastikan usaha kita mestilah sekufu dengan keputusan yang kita idam-idamkan serta mohonlah pertolongan daripada Allah kerana keputusan SPM antum sudah berada ditangan Allah. Hanya doa' dan usaha antum yang boleh mengubahnya. TAKBIR!

Asbab-asbab kemenangan :

  • Usaha - usaha yang dilakukan mestilah tahap maksimum kerana Allah lebih pandang usaha berbanding hasil
  • Doa - selalu berdoa walau dimana sahaja berada. Ambil contoh daripada nabi Ibrahim a.s. Bagind merupakan orang yang paling banyak minta kepada Allah sehingga digelar 'khalilullah'
  • Tawakkal - serah segalanya kepada Allah dan taatlah perintah Allah dan bertegas dengan laranganNya kerana kecemerlangan seseorang muslim itu ialah apabila dia dapat mentaati perintah Allah dan bertegas dengan laranganNya

ya Allah turunkanlah pertolonganMu kepadaku ketikamana aku sedang menyediakan persiapan untuk menghadapi peperiksaan sebagaimana kau turunkan pertolonganMu kepada tentera badar ketikamana mereka sedang menyediakan segala kelengkapan perang

Monday, November 15, 2010

Hari Arafah



Sedar tak sedar kita skrg sedang berada di 10 hari Dzulhijjah. Hari kemucak dalam sepuluh hari Dzulhijjah ini adalah hari Arafah. Sebenarnya Rasulullah amat menggalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah ini iaitu pada 9 Dzulhijjah. Dan juga ganjaran yang besar bagi sesiapa yang berpuasa pada hari Arafah. Dalam satu hadis panjang...


" ....dan puasa satu hari Arafah aku perhitungkan kepada Allah untuk menebus dosa setahun yang lalu dan setahun sesudahnya... " (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Pendapat ulama' juga disertakan,

Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat;“Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji
Jadi, bagi sesiapa yang teringat untuk berpuasa pada hari Arafah, cepat2lah beritahu pada saudara semuslim yang lain. Sebarkan ilmu dan ajaklah beramal~