Thursday, December 23, 2010

Usai SPM

Salamullahi 'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum..

Ghazwah SPM baru sahaja berlalu. Masih segar diingatanku saat2 terakhir digelar 'pelajar sekolah'. Ada yang melakukan perkara yang dia tidak pernah lakukan sepanjang tinggal di Hira' seperti memanjat tangki, memanjat bumbung surau, memanjat menara surau, menconteng baju sekolah mereka dengan tandatangan semua pelajar, tak kurang juga ada yang sibuk mengumpul kertas2 yang tidak digunakan untuk dijual dan lain2. Semua ini dilakukan untuk membina pengalaman masing2 di sekolah menengah kerana pengalaman di sekolah menengah merupakan pengalaman yang paling indah untuk dijadikan kenangan.



Sekarang...

7 hari telah berlalu meninggalkan suasana persekolahan. Tiada lagi suasana bangun awal,  tiada lagi orang yang akan mengingatkan tentang solat berjemaah, ma'thurat, tilawah, amal fardi, menjauhi maksiat dan apa2 amal kebaikan yang lain. Hanya iman yang menjadi penguat dikala ini. Dengan Iman yang kmendalam seseorang itu akan terpelihara daripada zina, dengan Iman yang mendalam seseorang itu akan terpelihara daipada mencuri, dengan Iman yang mendalam sahajalah seseorang itu akan terpelihara daripada perkara2 maksiat.

Peranan kita...

Apa yang penting sekali apabila berada di suasana yang jauh dari unsur2 baik(di luar sekolah) ialah bagaimana kita nak pastikan keadaan kita yang semasa disekolah dikekalkan. Dari segi qiamullailnya, solat berjemaahnya, solat sunat, ma'thurat, tilawah Al-quran dan lain2 amal kebaikan. Secara hakikatnya memang sukar untuk kita mengekalkan keadaan kita seperti  di sekolah, tetapi apa yang penting ialah adakah kita berusaha untuk mengekalkannya. Kalau tidak sia2 sahajalah amalan kita selama ini kerana tanda sesuatu amal itu diterima ialah dia beristiqamah(berterusan) dengan amalnya.

Satu langkah untuk memastikan diri kita kekal atau terjaga sepertimana di sekolah ialah dengan sentiasa berhubung dengan rakan2 yang soleh dan meminta nasehat serta pandangan mereka. Begitu juga jangan sekali-kali biarkan diri kita berada dalam keseorangan tanpa ada apa2 agenda atau aktiviti untuk dilakukan kerana syaitan lebih mudah untuk menghasut orang yang bersendirian bebanding orang yang sentiasa bersama orang yang soleh.
sabda nabi Muhammad s.a.w : " Serigala hanya memakan kambing yang menyendiri. " (HR AHMAD)

Ibarat kilang...





Dulu, time aku junior abg2 selalu bagi perumpamaan nie: " Hira' ni seperti kilang kereta. Pelajar yang ada didalam sekolah ini ibarat kereta. Kereta ini akan melalui beberapa proses untuk menjadi kereta yang mampu untuk berjalan di jalan raya dengan baik. Apabila tiba waktu cuti, kereta2 ini akan diuji untuk menguji tahap kemampuan kereta itu untuk berjalan di jalan raya. Ada yang mampu berjalan dengan baik, ada yang tersangkut-sangkut, dan ada juga yang menghadapi kemalangan. Apabila tiba ke kilang semula(setelah pulang ke sekolah), kereta2 yang menghadapi kemalangan itu akan dibaiki semula, begitu juga kereta yang tersangkut-sangkut manakala kereta yang mampu berjalan dengan baik akan di upgrade tahap keberhasilannya supaya mampu berjalan dengan labih laju malah mampu membawa penumpang yang lebih ramai."

Ini merupakan perumpamaan bagi pelajar yang masih tinggal di Hira' kerana mereka masih boleh kembali ke 'kilang kereta' semula untuk dibaiki dan di upgrade. Bagaimana pula dengan kita? yang tak mungkin kembali ke 'kilang kereta' itu semula. Adakah kita sudah menjadi kereta yang mampu berjalan dengan baik atau sebaliknya? sama-sama kita muhasabah...

Para du'at Hira'...


Buat para du'at Hira' yang mempunyai semangat dan iradah yang kuat untuk mengislah masyarakat, pastikan diri antum sentiasa kekal dalam Tarbiyyah. Carilah usrah dimana sahaja antum berada kerana tunjang Tarbiyyah adalah usrah. Tunjukkan diri antum sebagai produk yang berkualiti dari Hira' kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk memahami dakwah ketika usia muda. Jadi, sangat rugi jika peluang itu tidak dimanfaatkan. Juga, pastikan kita benar-benar memahami dakwah yang sebenarnya sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Jadi, berbaki cuti ini, penuhi masa lapang antum dengan amal-amal yang akan membawa kebaikan untuk Islam. " Pastikan setiap amal yang dilakukan membawa kebaikan untuk Islam"(Mustafa Masyhur)

Allah berfirman : 

" Siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh" (Fussilat:33)